martial art

martial art
silat cekak hanafi pusaka

Wednesday, June 2, 2010

teknik - teknik pertahankan diri

hai... disini saya hendak menceritakan tentang teknik - teknik mempertahankan diri dari tanah air kita iaitu Malaysia dan seluruh dunia mempunyai pelbagai teknik pertahankan diri (martial art) dimana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri. sebagai contoh di Malaysia terdapat pelbagai seni mempertahankan diri yang wujud di malaysia antaranya ialah silat. Silat iaitu 1 pertubuhan yang wujud di Malaysia dimana ia mengajar cara - cara untuk menyelamatkan diri dari bahaya serangan musuh dan cara - cara untuk serang balas terhadap musuh.
Di Malaysia SILAT sudah lama diperkatakan sejak zaman komunis dan pemerintahan jepun lagi.
Contoh silat yang wujud di malaysia seperti silat gayung pusaka malaysia, silat cekak hanafi pusaka, silat gayung malaysia, silat harimau, silat lian dan pelbagai silat lagi. Dimana silat ini disampaikan oleh Guru yang beribawa dan bertauliah dalam seni pertahankan diri. Disini saya ingin mempertengahkan tentang teknik - teknik dalam seni pertahankan diri.

Pelbagai teknik yang diperaktikkan dalam seni pertahankan diri di malaysia mahu pun di seluruh negara. contohnya di jepun walaupun negara ini negara yang maju yang mempunyai alatan senjata yang canggih tapi masih lagi praktikkan seni pertahankan diri iaitu ninja. Teknik ninjatsu sangat di geruni dan cukup hebat pelbagai senjata yang digunakan antaranya pedang samurai,shuriken dan pelbagai lagi. Ninjutsu mempunyai pelbagai teknik dalam pertahankan diri apabila pihak lawan menyerang pelbagai langkah dan teknik yang digunakan untuk menumpaskan pihak lawan.

Di Thailand kita biasa dengar mengenai TOMOI atau moythai iaitu salah satu martial art yang wujud di negara ini. Biasa anak - anak meniru gerakan yang biasa dipanggil ongbak, dimana ongbak ialah cerita aksi yang mempamirkan teknik - teknik dalam martial art. ini pernah ditayangkan di pawagam dan adigan dan aksi ongbak sangat mantap dan hebat. Martial art ini sangat menarik perhatian ramai kerana aksi yang di tonjolkan (Human weapon) martial art ini mengunakan siku dan lutut sebagai senjata utama.

Seterusnya di china tidak asing lagi dengan seni pertahan diri dipanggil KUNGFU. gerakan dalam kungfu sungguh halus dan mempunyai banyak kemahiran. Pelakon yang terkenal iaitu Jackie Chan salah seorang pelakon aksi antarabangsa yang sangat popular di masa kini. Melalui cerita aksi jeckie Chan kita boleh melihat teknik - teknik kungfu yang popular dan hebat.

pelbagai lagi jenis martial art yang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dan saya akan menghuraikan nanti.

No comments:

Post a Comment