martial art

martial art
silat cekak hanafi pusaka

Thursday, December 23, 2010

pengumuman

kepada semua warga felda chini yang berminat untuk menyertai tomoi yang diadakan pada awal tahun 2011 sila buat pendaftaran segera di rumah pak su teksi chini 1..beliau seorang guru tomoi yang berpengalaman dan terlatih, telah membuka gelanggang tomoi sebanyak lebih 40 gelanggang.beliau perlah menjuarai banayak pertandingan dimalaysia serta di thailand. harap maklum..

Saturday, November 13, 2010

tomoi/muiy thai

atas dasar ingin tahu tentang ilmu muiy thai...di kampung saya ingin belajar mengenainya..
sebagai seorang manusia..kita mmg mempunyai sifat igin tahu yg mendalam terhadap sesuatu yg kita minati. tidak salah jika kita igin mempelajarinya untuk kepentingan sendiri. saya membuat keputusan setelah abis mepelajari ilmu muiy thai, sy berhasrat untuk beradu dengan anak guru muiy thai dengan silat yg telah sy pelajari..sy bukan berhasrat untuk jatuhkan air muka sesiap, tetapi untuk menguji tahap kemampuan diri. dan saya boleh buat analisis sendiri mengenai pengajaran yang di terapkan dalam kedua - dua seni pertahankan diri ini.

Saturday, November 6, 2010

teknik 1

ari ni sy nk bg tahu 1 teknik yg sgt simple, smua org boleh buat sama ada laki-laki dan pempuan.
adakah sesiapa yang pernah di buli? mesti pernahkan? termasuk sy ketika berumur 12 taun dahulu..haha sungguh melucukan bila terkenang masa lampau. teknik 1 ialah cara untuk lepaskan diri dari musuh.
pada kebiasaanya musuh kt msti lebih besar dan kuat dari kt kan>? klau nk tau mereka ni sbnarnya byk kelemahan sb die besar shja die rasa tubuhnya mampu mengalahkan smua. untuk org yang mcm ni, anda xperlu takut kalau dia mahukan apa2 kan anda, apakah yang anda perlu lakukan?
1) ambil nafas dalam2
2) genggam tangan sekuat-kuatnya
3) jgn melawan tp cuba jauhkan diri dr padanya
akhir apalagi cabut la...watpe tggu....hehe senangkan?

pengatahuan umum

seni silat adalah satu seni pertahankan diri yang terulung di negara kita, kepada semua yang berbangsa melayu bangkit lah dan belajar lah silat sebagai satu pelengkap diri. mengapa kita pilih yang lain sedangkan kita miliki sendiri ilmu yang berlandaskan hukum islam dan boleh diperaktikkan. kita haruslah memberi sokongan kepada silat kita supaya ia tersebar setaraf dengan martial art lain. kita juga boleh membawa silat ini ke persada dunia. untuk pengatahuan silat kita sudah jauh pergi sampai ke pelusuk dunia. dimana sahaja orang mengatahui apa itu silat. saranan saya JOM SILAT.

Wednesday, June 23, 2010

bukan untuk berlawan tp untuk persediaan diri

sebagai pengamal seni mempertahankan diri, kita sentiasa mengambil langkah berjaga - jaga dalam apa - apa situasi. kita harus la mengamalkan prinsip yg baik dan jdkn sebagai panduan hidup.

selama sy dalam seni persilatan, saya dapat merasakan sesuatu perubahan yang berlaku luar dan dalam. dari segi kesihatan dan cara hidup bayak yang berubah selepas mengamalkan prinsip yang di aarkan kepada sy.

kesemua ilmu yang sy ada insyallah sy akan kongsikan dengan semua. ilmu persilatan bukannya mudah untuk dipraktikan tanpa ada semangat dan jati diri yang tinggi.

pada hari pertama dalam menjalani latihan silat. sy berasa agak bosan kerana belajar kaedah yang simple tetapi membosankan kerana tidak dapat mengatahui kegunaan kaedah yang dipelajari.

setelah belajar ke peringkat selanjutnya, baru lah sy memahami kegunaan kaedah tersebut.

setiap seni beladiri terdapat kaedah yang khusus yang digunakan untuk membuat teknik - teknik pertahanan dan serangan. kita harus belajar mengikut peringkat supaya dapat menguasai keseluruhan teknik dengan lebih mantap.

dalam seni beladiri persilatan yang sy sertai iaitu silat cekak hanafi. teknik yang di ajar terdapat beberapa peringkat iaitu asas, jatuh, potong dan tamat.
dimana asas adalh teknik asas yang biasa gunakan dan selanjutnye akan mlengkapkan lagi dengan buah jatuh potong seterusnya tamat.

kaedah asas ialah kaedah yang sgt mudah A,B,C dan D
anda akan dilatih sehingga betul - betul mahir melakukan kaedah ini sebelum melangkah ke peringkat seterusnya

Saturday, June 12, 2010

kuasai mind set..

camne nk kuasai minda?
- sentiasa berfikiran positif
- yakin dengan kata2 yang diluahkan dari hati.
- buat sesuatu dengan penuh bersunggug2..
- buat sesuatu kerja sbelum berkata 'susah' pada pekerjaan itu.
- sentiasa memberi ransangan melalui kata2 contoh 'mudahnye kerja ni' supaya otak kita dapat menerima dari tekanan kerja yg kite lakukan.
- lakukan teknik pernafasan smasa di tempat  kerja atau dalam kelas.
- lakukan beberapa kali sehingga berasa tenang dan lega..cuba lah....!!!!!

Friday, June 4, 2010

kekuatan dalaman (aura)

diera sekarang...ramai org yang tidak mengatahui bahawa setip org mempunyai aura atau tenaga dalaman yg tersembunyi...sebenarnya dalam diri kita terdapat suatu tenaga atau power yang terhasil dari daraf2 yang terdapat dalam tubuh kita..jika kita dapat mengawal dan menyalurkan pada bahagian tertentu..bagaimana aura boleh dikawal?

aura di dalam tubuh kita boleh meningkat dengan pelbagai cara yg tidak diduga.. sebagai contoh jika seseorang dikejar oleh anjing garang..dia dapat berlari sepantas - pantasnya walaupon terdapat halangn dihadapn contoh parit besar...jika kita berfikir logik akal tidak mungkin seseorang boleh melepasi parit yang besar itu..tetapi perkara itu terjadi. itu dipanggil tenaga dalaman dirangsang dari faktor luar.
sebenarnya aura dapat dirangsang dengan kaedah pernafasan dan teknik2 lain seperti pertapaan dan sebagainya. dengan kaedah pernafasan yang betul kita dapat meransang pergerakan aura didalam tubuh dan dapat meningkatkan tahap aura tersebut.

aura yang terhasil boleh disalurkan pada bahagia2 tertentu contoh tangan kaki dan sebagainya.
apabila kita dapat menguasai aura..kita akan dapat kuasai cakra alam.

teknik pernafasan ini diambil dari buku2 bertauliah iaitu Yang Mulia Tuan Guru ZUlkifli bin Syaari.

kedudukan dalam keadaan berdiri dan kaki dirapatkan, kedua - dua tangan diletakkan disisi.
apabila nafas di ambil pnjang dan sepenuhnya dalam liang paru2..tahan nafas td dalam kiraan 6..
seterusnya hembus perlahan melalui mulut dengan tangan di tolek kehadapan seperti sedang menolak sesuatu beban. lakukan latihan ini 3 kali selepas tido waktu pagi dan sebelum tdo waktu malam. lakukan lah dan peraktikkan.

Thursday, June 3, 2010

human weapon

Tajuk hari ini aku nak cerita fasal "human weapon" atau dalam bahasa melayunya senjata manusia.
Dalam bahasa kamus dewan pula ialah pancaindera. Dengan menggunakan pancaindera (human weapon) kita boleh mempertahankan diri dengan pelbagai teknik yang biasa di gunakan atau di praktikkan di dalam seni pertahankan diri. Sebagai contoh dalam martial art thailand ia dipanggil sebagai moythai atau tomoi dimana ia menggunakan pancaindera sebagai senjata yang dapat menumpaskan pihak lawan. Pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan serta dipelajari.
teknik yang dapat di pelajari ialah cara - cara serangan balas dan serangan pada pihak lawan.

Tomoi berasal dari dhoi Muay Thai yang merujuk kepada pertempuran tinju atau bertinju pada umumnya. Ini adalah nama asli untuk gaya telanjang-buku lama muay thai kini disebut sebagai muay boran (tinju kuno).

Tomoi merangkumi pelbagai teknik tendangan (kicks), tumbukan (punches), lutut (kneeS) dan siku (elbowS). Awalnya teknik tumbukkan ini terjadi daripada mogok bersenjata sederhana namun,melalui pengaruh tinju inggeris selama tempoh penjajahan, sekarang termasuk jab swing, hook, dan tumbukan. Tendangan utama dalam tomoi adalah kaki tolak (jek) dan menendang bangsal lokomotif. Kaki tolak biasanya tidak bertujuan untuk merosakkan lawan, tetapi untuk menggalakkan mereka kembali berlawan. Pengamal tomoi menganggap pukulan menjadi bentuk paling lemah dari serangan , siku dan lutut menimbulkan banyak kecederaan , begitu banyak sehingga di sebut seni siku lutut yang secara harfiah di terjemahkan sebagai “elbow-knee”. Lutut mogok sebahagian besar disampaikan kepada pihak lawan

Wednesday, June 2, 2010

teknik - teknik pertahankan diri

hai... disini saya hendak menceritakan tentang teknik - teknik mempertahankan diri dari tanah air kita iaitu Malaysia dan seluruh dunia mempunyai pelbagai teknik pertahankan diri (martial art) dimana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri. sebagai contoh di Malaysia terdapat pelbagai seni mempertahankan diri yang wujud di malaysia antaranya ialah silat. Silat iaitu 1 pertubuhan yang wujud di Malaysia dimana ia mengajar cara - cara untuk menyelamatkan diri dari bahaya serangan musuh dan cara - cara untuk serang balas terhadap musuh.
Di Malaysia SILAT sudah lama diperkatakan sejak zaman komunis dan pemerintahan jepun lagi.
Contoh silat yang wujud di malaysia seperti silat gayung pusaka malaysia, silat cekak hanafi pusaka, silat gayung malaysia, silat harimau, silat lian dan pelbagai silat lagi. Dimana silat ini disampaikan oleh Guru yang beribawa dan bertauliah dalam seni pertahankan diri. Disini saya ingin mempertengahkan tentang teknik - teknik dalam seni pertahankan diri.

Pelbagai teknik yang diperaktikkan dalam seni pertahankan diri di malaysia mahu pun di seluruh negara. contohnya di jepun walaupun negara ini negara yang maju yang mempunyai alatan senjata yang canggih tapi masih lagi praktikkan seni pertahankan diri iaitu ninja. Teknik ninjatsu sangat di geruni dan cukup hebat pelbagai senjata yang digunakan antaranya pedang samurai,shuriken dan pelbagai lagi. Ninjutsu mempunyai pelbagai teknik dalam pertahankan diri apabila pihak lawan menyerang pelbagai langkah dan teknik yang digunakan untuk menumpaskan pihak lawan.

Di Thailand kita biasa dengar mengenai TOMOI atau moythai iaitu salah satu martial art yang wujud di negara ini. Biasa anak - anak meniru gerakan yang biasa dipanggil ongbak, dimana ongbak ialah cerita aksi yang mempamirkan teknik - teknik dalam martial art. ini pernah ditayangkan di pawagam dan adigan dan aksi ongbak sangat mantap dan hebat. Martial art ini sangat menarik perhatian ramai kerana aksi yang di tonjolkan (Human weapon) martial art ini mengunakan siku dan lutut sebagai senjata utama.

Seterusnya di china tidak asing lagi dengan seni pertahan diri dipanggil KUNGFU. gerakan dalam kungfu sungguh halus dan mempunyai banyak kemahiran. Pelakon yang terkenal iaitu Jackie Chan salah seorang pelakon aksi antarabangsa yang sangat popular di masa kini. Melalui cerita aksi jeckie Chan kita boleh melihat teknik - teknik kungfu yang popular dan hebat.

pelbagai lagi jenis martial art yang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dan saya akan menghuraikan nanti.